Selasa, 17 September 2019

Refleksi Kesan Senaman Terhadap Fisiologi Badan Manusia


     Senaman merupakan sejenis aktiviti fizikal atau riadah yang selalunya dilakukan dalam jangka masa tertentu, berulang-kali bertujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan. Sebagai seorang pelajar, kita sememangnya sinonim dengan Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang merupakan salah satu ujian yang dijalankan bagi mengukur tahap kecergasan fizikal pelajar iaitu dimana keupayaan sistem badan untuk berfungsi dengan efisien dan mampu melakukan aktiviti dengan baik. Ujian SEGAK dilakukan sebanyak dua kali dalam setahun iaitu ujian pra dan ujian post. Ujian SEGAK kebiasaannya dilakukan bersama ujian BMI dan ujian Bleep. Antara ujian yang terdapat dalam SEGAK ialah ujian naik turun bangku, tekan tubi, ringkuk tubi separa dan jangkauan melunjur.

     Berdasarkan data yang saya perolehi, bacaan BMI saya pada ujian pra ialah 20.61 iaitu dimana masih berada dalam keadaan berat badan yang normal. Catatan BMI ini mewakili berat dan tinggi saya, iaitu 50.8kg dan 157cm. Pada ujian post pula, catatan BMI saya ialah 21.8 iaitu dimana mewakili berat badan sebanyak 55.9kg dan tinggi 160cm. Ini menunjukkan peningkatan dalam indeks bacaan kerana saya kurang menjaga permakanan sehingga berat badan meningkat sebanyak 5kg. Seterusnya ialah ujian naik turun bangku. Pada ujian pra, kadar denyutan nadi saya ialah 90 denyutan dalam seminit manakala pada ujian post, berlaku peningkatan iaitu 100 denyutan dalam seminit. Peningkatan kadar denyutan nadi ini menunjukkan daya tahan kardiovaskular saya yang semakin lemah akibat kurang bersenam dan menyebabkan saya gagal untuk mengawal penafasan dengan baik.

     Bagi ujian tekan tubi pula, bilangan tekan tubi pada ujian pra ialah 14 kali manakala pada ujian post ialah 20 kali. Peningkatan ini bermakna daya tahan otot tangan dan bahu saya semakin bertambah. Saya mampu untuk menampung berat badan dalam jangka masa yang lebih lama pada ujian post berbanding ujian pra. Ujian yang seterusnya ialah ringkuk tubi separa. Pada ujian pra saya mampu mencatatkan bacaan sebanyak 11 kali manakala 14 kali pada ujian post. Peningkatan dalam bacaan ini menunjukkkan daya tahan dan kekuatan otot abdomen saya yang semakin bertambah.

     Selain itu, jangkauan melunjur. Ujian ini dilakukan bagi mengukur fleksibiliti bahagian bawah belakang badan dan otot hamstring. Pada ujian pra, bacaan yang saya perolehi bagi ujian ini ialah 36cm. Apabila dilakukan pada ujian post, bacaan meningkat sebanyak 11cm dan bacaan yang diperoleh ialah 47cm. Peningkatan ini menunjukkan tahap kelenturan badan saya semakin bertambah. Di samping melakukan ujian BMI dan SEGAK, ujian yang terakhir ialah ujian Bleep. Ujian ini kebiasaannya dilakukan bagi melihat tahap kemampuan sistem kardiovaskular seseorang. Pada ujian pra, bacaan yang saya perolehi ialah 3.1 manakala pada ujian seterusnya, bacaan saya meningkat sehingga 4.1. Ini menunjukkan tahap kemampuan sistem kardiovaskular saya semakin bertambah dan membolehkan saya berlari dalam jangka masa yang lebih lama.

     Kesimpulannya, jelaslah disini bahawa senaman sememangnya memberi banyak kesan positif terhadap fisiologi badan kita. Kita mestilah sentiasa mengamalkan senaman dalam kehidupan searian agar badan sentiasa sihat dan cergas.



RUJUKAN
·       http://www.myhealth.gov.my/senaman-a-kesihatan/
·       https://www.pendidik2u.my/standard-kecergasan-fizikal-kebangsaan-segak/

Refleksi Kesan Senaman Terhadap Fisiologi Badan Manusia

     Senaman merupakan sejenis aktiviti fizikal atau riadah yang selalunya dilakukan dalam jangka masa tertentu, berulang-kali bertujuan ...